Slalom Fox Hunting, PARC (2019)

Fox hunting merupakan salah satu sukan radio dua hala. Permainan ini menghandaki peserta mencari punca isyarat daripada transmitter yang tersembunyi. Bagi slalom fox hunting, antenna tidak tersembunyi tetapi penganjur akan meletakkan beberapa antena dan peserta perlu menentukan antenna mana yang mengeluarkan isyarat.

Acara anjuran Purtajaya Amateur Radio Community (PARC) ini telah berlangsung pada 28/09/2019 di Kompleks Kejiranan Putrajaya P16 dan mendapat sambutan yang baik dikalangan peminat radio dua hala lokalan tengah khususnya. Dengan adanya acara seperti ini, peminat radio dapat berkenalan dengan rakan baru, mengeratkan hubungan silaturrahim disamping memberi pengenalan kepada radio amatur kepada pengunjung (orang awam) yang hadir.

lawati laman https://www.facebook.com/9m4cpy/

https://web.marl.org.my/index.php/putrajaya-slalom-fox-hunting-2019/

Citizen Band Radio (CB)

CB Radio (citizen band) atau dikenali dengan Radio Jaluran Rakyat ni adalah jaluran atau frequency yang diperuntukkan oleh SKMM untuk digunakan tanpa perlu memiliki lesen peruntukan radas (AA) seperti radio amateur. Frekuensi yang dibenarkan adalah 27MHz bagi pancaran HF dan 446/477MHz bagi pancaran UHF.

CB radio adalah komunikasi diantara individu-individu pada frekuensi daripada 40 saluran dalam 27MHz (11 meter band) beberapa saluran UHF (70cm band) seperti dalam senarai dibawah. CB radio adalah berbeza daripada FRS, GMRS, MURS atau Amatur (HAM) radio. Di kebanyakan negara, CB  boleh digunakan untuk perniagaan mahupun komunikasi peribadi dan rekriasi. Seperti radio dua hala perkhidmatan lainnya, Citizens Band adalah saluran bersama oleh banyak pengguna. Hanya satu stesen boleh memancar pada suatu masa.

CB radio ni bukan saja ada di Malaysia bahkan wujud di seluruh negara. Dengan ini pengguna radio dua hala pengguna dapat berkomunikasi di frequency yang betul dan tidak menggunakan sebarang frequency lain yang mungkin menjejaskan pengguna sebenar.

Tiada nama unik atau Callsign untuk menggunakan jaluran ini, bagaimana pun ada beberapa kelab CB telah ditubuhkan dan mereka mengeluarkan callsign kelab mereka bagi memudahkan  pengecaman identiti semasa berkomunikasi.

Antara kelab dan callsign di Malaysia adalah;

  • One Nation (Oscar November) CS: 113ONxxx
  • Mike Bravo (MB) : 113MBxxxx
  • Victor Mike (VM) : 113VMxxx
  • Taxes Ranger : 113TRxxx
  • DT : 113DTxxx 

Senarai frekuensi.

MALAYSIA PUBLIC RADIO SERVICE (PRS) UHF 477MHZ FOR BUSINESS & COMMERCIAL
Channel Frequency Peak Power Channel Spacing Remark
1 477.0125 Mhz 5 Watt 12.5kHz
2 477.0250 Mhz 5 Watt 12.5kHz
3 477.0375 Mhz 5 Watt 12.5kHz
4 477.0500 Mhz 5 Watt 12.5kHz
5 477.0625 Mhz 5 Watt 12.5kHz
6 477.0750 Mhz 5 Watt 12.5kHz
7 477.0875 Mhz 5 Watt 12.5kHz
8 477.1000 Mhz 5 Watt 12.5kHz
9 477.1125 Mhz 5 Watt 12.5kHz Emergency
10 477.1250 Mhz 5 Watt 12.5kHz
11 477.1375 Mhz 5 Watt 12.5kHz Calling
12 477.1500 Mhz 5 Watt 12.5kHz
13 477.1625 Mhz 5 Watt 12.5kHz
14 477.1750 Mhz 5 Watt 12.5kHz
15 477.1875 Mhz 5 Watt 12.5kHz
16 477.2000 Mhz 5 Watt 12.5kHz
17 477.2125 Mhz 5 Watt 12.5kHz
18 477.2250 Mhz 5 Watt 12.5kHz
19 477.2375 Mhz 5 Watt 12.5kHz

Channel Frequency Peak Power Channel Spacing Remark
20 477.2500 Mhz 5 Watt 12.5kHz
21 477.2625 Mhz 5 Watt 12.5kHz
22 477.2750 Mhz 5 Watt 12.5kHz
23 477.2875 Mhz 5 Watt 12.5kHz
24 477.3000 Mhz 5 Watt 12.5kHz
25 477.3125 Mhz 5 Watt 12.5kHz
26 477.3250 Mhz 5 Watt 12.5kHz
27 477.3375 Mhz 5 Watt 12.5kHz
28 477.3500 Mhz 5 Watt 12.5kHz
29 477.3625 Mhz 5 Watt 12.5kHz
30 477.3750 Mhz 5 Watt 12.5kHz
31 477.3875 Mhz 5 Watt 12.5kHz
32 477.4000 Mhz 5 Watt 12.5kHz
33 477.4125 Mhz 5 Watt 12.5kHz
34 477.4250 Mhz 5 Watt 12.5kHz
35 477.4375 Mhz 5 Watt 12.5kHz
36 477.4500 Mhz 5 Watt 12.5kHz
37 477.4625 Mhz 5 Watt 12.5kHz
38 477.4750 Mhz 5 Watt 12.5kHz
39 477.4875 Mhz 5 Watt 12.5kHz
MALAYSIA PERSONAL MOBILE RADIO (PMR) UHF 446MHZ FOR BUSINESS & RECREATIONAL
Channel Frequency Peak Power Channel Spacing Remark
1 446.103125 Mhz 0.5 Watt 6.25kHz
2 446.109375 Mhz 0.5 Watt 6.25kHz
3 446.115625 Mhz 0.5 Watt 6.25kHz
4 446.121875 Mhz 0.5 Watt 6.25kHz
5 446.128125 Mhz 0.5 Watt 6.25kHz
6 446.134375 Mhz 0.5 Watt 6.25kHz
7 446.140625 Mhz 0.5 Watt 6.25kHz
8 446.146875 Mhz 0.5 Watt 6.25kHz

Channel Frequency Peak Power Channel Spacing Remark
9 446.153125 Mhz 0.5 Watt 6.25kHz
10 446.159375 Mhz 0.5 Watt 6.25kHz
11 446.165625 Mhz 0.5 Watt 6.25kHz
12 446.171875 Mhz 0.5 Watt 6.25kHz
13 446.178125 Mhz 0.5 Watt 6.25kHz
14 446.184375 Mhz 0.5 Watt 6.25kHz
15 446.190625 Mhz 0.5 Watt 6.25kHz
16 446.196875 Mhz 0.5 Watt 6.25kHz

 

Sumber: COMMUNICATIONS AND MULTIMEDIA ACT 1998 CLASS ASSIGNMENTS NO. 1 OF 2010 (tertakluk kepada perubahan SKMM)

https://en.wikipedia.org/wiki/Citizens_band_radio

Radio Amatur @HAM Radio

Radio Amatur (Radio Amateur) merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amat luas kerana ia boleh digunakan bagi menghubungkan seorang (operator) yang berada samada di dalam kawasan atau ke kawasan yang lain dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.

Penggunaan radio amatur juga dapat membantu komunikasi dalam kejadian bencana alam seperti banjir dan gempa bumi apabila terputus hubungan telefon atau berada di luar kawasan liputan telefon mudahalih. Radio amatur ataupun juga dikenali sebagai ‘HAM Radio’ juga boleh dijadikan sebagai hobi yang sangat unik. Disamping berkomunikasi di udara, pengguna radio amatur juga berpeluang mempelajari, mengkaji, mengujikaji dan mengujilari radas serta menambah kenalan dengan mereka yang lebih berpengalaman.

Dewasa ini dengan perkembangan teknologi komunikasi yang begitu pantas, sistem perhubungan yang dahulunya menggunakan sistem anolog kini telah bertukar kepada sistem digital yang membenarkan kita bukan hanya dapat bercakap sahaja malahan dapat melihat teks dan imej seperti media yang boleh dipancarkan hampir ke sebahagian besar dunia. Bukan sekadar memancar signal ke pengulang, bahkan pengguna radio amatur boleh memancarkan signal mereka melalui satelit yang berada pada orbit di dunia.

Di Malaysia agensi yang berperanan mengawal-selia penggunaan radio amatur ialah Suruhanjaya Kominikasi dan Multimedia (SKMM). Sebelum mendapat kebenaran menggunakan radio amatur (peruntukan radas), penguna perlu menduduki peperiksaan (RAE) samaada bertulis atau berkomputer dengan bayaran RM50. Selepas lulus peperiksaan, pengguna perlu hadir ke pejabat SKMM untuk menghantar borang AA dan dapatkan callsign (Cth: 9W2PGK). Terdapat 2 jenis lesen iaitu kelas A dan kelas B. Perbezaan kelas ini ialah, pemegang lesen kelas A mempunyai kebenaran untuk menggunakan jalur yang lebih banyak. Untuk memiliki lesen kelas A, pengguna perlu memiliki lesen kelas B lebih 1 tahun dan perlu menduduki uji Kod Morse (CW Test).

Keunikan dalam kominikasi radio amatur ini antara lain ialah mereka ada menggunakan kod Q bagi memendekkan perbualan. Antaranya seperti;

QRA : Nama stesen/handle anda

QRK : Tahap jelas pancaran(R1-R5)

QRL : Frekuensi sedang digunakan @ sibuk

QRM : Ganguan dari stesen lain

QRO : Tingkatkan kuasa pancaran @ High power

QRP : Rendahkan kuasa pancaran @ Low power

QRT : Berhenti memancar

QRU : Sekian sahaja dari saya (mesej)

QRV : Anda sudah bersedia @ saya sudah bersedia

QRX : Berhenti utk seketika @ akan kembali semula pada (masa) @ standby

QRZ : Siapa yg memanggil

QSA : Kekuatan signal (S1-S9)

QSP : Menyampaikan mesej

QST : Perhatian semua stesen

QSY : Bertukar (pancaran) ke frekuensi lain

QTH : Lokasi anda

QTR : Masa (jam)

QRG : Frekuensi / jalur

Di Malaysia terdapat banyak persatuan radio amatur diperingkat negeri serta kelab-kelab di daerah atau organisasi yang kecil, contohnya Persatuan Radio Amator Melayu Semenanjung Utara Malaysia (ASTRA), Malaysian Amateur Radio Emergency Service (MARES), Persatuan Jalur Selatan Radio Amatur Johor (JASRA), Radio Amatur Kuala Lumpur (RAKL) dan NESRAC . Pesatuan dan kelab ini boleh dihubungi dilaman sesawang mereka untuk sebarang pertanyaan.

Semoga berkongsian ini bermanafaat.

FB_IMG_15328929253193137FB_IMG_15328928920471016

Kursus “What Next After RAE” bersama Kuala Lumpur DX Team.

What Next After RAE 2018

What Next After RAE 2018 anjuran KLDX Club telah diadakan pada 28 Julai 2018 bertempat di KLDX Clubhouse Cheras, Kuala Lumpur. Kursus ini merupakan acara tahunan kelab ini bagai menyampaikan ilmu dan pengalaman kepada bakal pemegang lesen Amatur (AA) yang telah lulus ujian RAE, disamping mengumpul dana tabung kelab.

Dalam kursus ini peserta akan didedahkan dengan kemahiran asas sebagai seorang radio operator (HAM) dan ilmu teknikal yang sangat berguna. Antara topik yang dibincangkan ialah;

  • Fungsi dan tanggumgjawab operator radio amatur
  • Tatacara dan etika berbual di jalur (QSO)
  • Pendedahan kepada radio High Frequency (HF)  
  • Mengenal connector dan teknik solder cable
  • akaun QRZ dan QSL card
  • dan lain-lain topik semasa

Kursus seperti ini adalah amat berguna kepada mereka yang baru saja menceburkan diri dalam dunia radio dua hala kerana perdedahan asas dan perkongsian ini dapat memberi gambaran awal kepada peserta sebagai persediaan awal sebelum memiliki lesen sebenar.

Sebaliknya bagi sesiapa yang telah lama berkecimpung atau menyelami radio dua hala atau yang telah pun memiliki lesen, kedatangan mereka juga dapat membantu berkongsi ilmu dan pengalaman disamping dapat berkenalan dengan rakan baru dan merapatkan ukhwah dengan berjumpa rakan-rakan lama.

Dalam kursus ni saya telah menimba banyak ilmu asas sebagai operator radio HAM dan berkenalan dengan ramai kenalan baru dan orang yang berpengalaman. Semoga ilmu dan pengalaman yang dikongsi akan memberi manafaat buat masa akan datang.

lawati laman https://www.facebook.com/kldxteam/

 

Kursus Persediaan RAE

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Disebabkan minat lama dan rasa nak mendalami bidang Radio Amatur, pada 5 Mei 2018 (Sabtu), di Komplek Belia Dan Sukan Paroi, Negeri Sembilan aku hadiri kursus persediaam menduduki paperisaan radio amatur (RAE). Peperiksaan RAE pula telah diduduki pada 15Mei2018 di SKMM Cyberjaya.

 

Kursus ini dianjurkan bersama Persatuan Pacuan 4 Roda Putrajaya, Negeri Sembilan Amateur Radio Club (NESRAC), Majlis Belia Malaysia Dan KBS. Mentor utama kursus ini ialah En. Fadzil Bin Omar (9W2SMF) dan dibantu oleh beberapa orang orang lama daripada Nesrac. Banyak ilmu, nasihat, dan pengalaman telah dikongsikan.

Semoga ilmu yang ditimba akan dimanafaatkan sebaik mungkin.

Antara yang menjayakan program.

IMG-20180506-WA0003

Cahayamata kami yang ke-4

Alhamdulillah. Segala pujuan dan syukur hanya bagi-Mu Ya-Allah…

Seperti yang diduga, kelahiran kali ke-4 ni sama seperti anak-anak yang sebelumnya, lahir awal daripada expected due date (EDD). Pada hari Sabtu 24/02/2018 jam 5.34am di Auckland Hospital, baya lelaki selamat dilahirkan.

Ini merupakan pengalaman pertama setelah 10 tahun bergelar bapa, menyambut melahiran anak di depan mata. Walaupun bukan aku yang sambut bayi keluar, tetapi menemani isteri di saat-saat dia bertarung nyawa adalah pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan.

Hanya mereka yang bergelar ibu sahaja yang tahu bagaimana rasa sakit dan perit ketika saat-saat melahirkan.. Patutlah pahala syahid bagi wanita yang putus nyawa  dalam situasi begini.. Semoga anak-anak-ku memahami dan menghargai pengorbanan ibu mereka..

 

Percutian ke South Island, NZ (Day 1)

Alhamdulillah setelah lama membuat perancangan untuk bercuti ke pulau selatan, tanggal 1 Ogos 2016, Allah SWT telah mengizinkan kami sekeluarga untuk bercuti selama 6 hari. IMG_4957

Seawal pagi kami keluar daripada rumah bertolak ke ‘Park n Fly’ untuk parking kereta di sana. Kami dihantar ke lapangan terbang dengan van.

 

 

Selepas check-in barang-barang, kami masuk ke balai berlepas dan solat subuh di ruang menunggu. Sedang bersolat nama kami dipanggil dan kami merupakan orang terakhir masuk ke dalam pesawat.

IMG_4962

 

Ini merupakan penerbangan pertama kami sekeluarga setelah hampir 3 tahun berhijrah ke New Zealand.

Destinasi pertama kami adalah Queenstown dengan menaiki penerbangan Jetstar. IMG_4967

Setibanya di Queenstown, kami ke tempat sewa motorhome. Sepenjang percutian ni insyaaAllah kami bergerak dan bermalam dalam motorhome.

Sekarang musim sejuk, anak-anak memang excited to play with snow..

Lokasi pertama dilawati ialah Queenstown Skyline. Yang menarik di sini ada gondola dan luge..

OK bersambung lagi untuk hari ke-2

Fruitdale Orchard, Hamilton

[13 Mac 2016]

Pengalaman petik buah segar dari ladang ke-2. Bertempat di 78 Osborne Road, Horsham Downs, Hamilton, New Zealand perjalanan mengambil masa kira-kira 1jam 30minit, jarak 120km daripada bandaraya Auckland. Masa nie sedang musim apple, peach, pear dan berries..

Tiada bayaran masuk dikenakan. Sekiranya kita tak bawa beg atau bekas untuk isi buah, kita boleh minta plastik bag di kaunter bayaran. Tidak seperti di Windmill Orchard, di sini kita tak dibenarkan makan buah yang dipetik sebelum dibayar. Untuk memetik berries, kami dapatkan bakul khas untuk meletakkan berries supaya ia tak rosak jika diletakkan dalam plastik biasa.

Selepas selesai petik buah, kami ke kaunter bayaran. Disebabkan harga buah-buah di sini  lebih murah berbanding harga pasaran, kami petik lebih untuk diberikan kepada rakan-rakan. Tidak dilupakan aiskrim buah-buahan, rezeki anak-anak lar.. Walaupun harganya $5 untuk satu aiskrim, tapi puas makan selepas penat dan berpanas memetik buah.

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di rumah Abang Roslan, beliau antara orang melayu yang dah lama tinggal di Hamilton dan kemudian ke rumah Rasli yang baru sahaja berpindah daripada Auckland.

Di rumah Abang Roslan kami bertemu dengan pelajar Waikatio Universiti yang pada masa tu juga bertandang ke sana untuk minum petang..

Tongariro Alpine Crossing

sufian2

Tongariro Alpine Crossing merupakan salah-satu aktiviti menarik bagi penggemar Hiking, di bumi New Zealand. Sambil menikmati dan melihat keindahan alam ciptaan yang maha esa, perjalanan santai mengambil masa antara 6-8jam. Tanah tinggi ini terhasil daripada cetusan lahar(lava) dan terjadinya gunung berapi.

Alhamdulillah, saya bersama 5 ahli kumpulan daripada Auckland sampai Tongariro Holiday Park pada petang Jumaat 6 Feb 2015. Pagi Sabtu memulakan perjalanan seawal 6.30pagi dan selesai pada jam 6.30ptg. Syukur perjalanan selamat tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

sufian3sufian4sufian5

Genap Sebulan Tinggalkan Malaysia

Alhamdulillah..

Syukur kepada tuhan yang maha pencipta, pengasih lagi penyayang.
Semua urusan sepanjang perjalanan lancar dan selamat. Dah hampir sebulan tinggalkan tanahair, baru hari ni sempat nak buat coretan di blog ni. Maklumlah, zaman ni semua update di facebook dan whatapp lagi mudah.

Sebagai ringkasan al-kisah  kami sekeluarga bergerak dari rumah jam 6.30ptg, 01Mac2014 hari Sabtu dengan diiringi sanak-saudara, adik-beradik, mak dan abah juga kedua mertua dan rakan-rakan. Sampai KLIA terus check-in barang-barang. Selepas bersalaman, peluk-cium ahli keluarga tercinta, tepat jam 8.00 malam kami melewati pintu keselamatan penumpang.. dengan perasaan yang sedih dan sebak sambil linangan airmata, mata masa curi-curi memandang ke arah ahli keluarga yang masih setia menanti di tingkat atas dengan lambaian selamat jalan..huhu..(sebak lagi nie).

Perjalanan hampir 10jam, syukur anak-anak tak meragam sangat. Cuma pada awalnya mereka lapar, tapi bila makanan mula dihidangkan mereka semua dah pun tidur. Maklumlah dah tengah malam. Kami sampai lapangan terbang Antarabangsa Auckland NZ lebih kurang jam1.30pg 2Mac’14 (Ahad). Urusan dengan pihak imegresen pun lancar tanpa sebarang spot-check @ persoalan. Kenalan2 dari geng MAPSA telah menunggu kami. Kenderaan dari UoA yang ditempah pun dah lama tunggu. Tanpa berlengah kami terus ke rumah Kak Mar& Mr.Firdaus, kawan Aina yang berbesarhati menawarkan kami tinggal di rumahnya sementara kami mendapatkan rumah sewa. Dengan bantuan geng MAPSA Mount, lepas 4hari kami bermalam di sini baru dapat rumah yang sesuai dan kami berpindah pada hari ke-5 (Khamis) dengan bantuan geng MAPSA City ke Waterview Auckland.

Ni dah jam 1am.. Rasanya kena sambung menulis hari lain pula, InshaAllah.

Sekian

mak & abah

di hari kenduri doa selamat